Saturday, July 19, 2008
KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI
Didikan Allah yg DILUPAKAN
Berbagai cara Allah mendidik
bertujuan menginsafkan manusia
Merayu, memujuk, mengumpan
menakutkan, memperlihatkan kekuasaan,
memperlihatkan kebesaran
menceritakan kesudahan teladan org baik
atau jahat
Semua bentuk pendidikan ini adalah
untuk menarik perhatian manusia,
agar terpujuk kepada Allah Yg Maha Esa
Namun..manusia degil juga
Perhatiannya tiada...
Ada mata dipejamkan
Ada telinga dipekakkan
Ada akal tidak memikirkan
Ada hati tidak mengambil perhatian
Seolah-olah manusia
tidak ada mata
tidak ada telinga
tidak ada akal
tidak ada hati
Nafsu sahajalah yang dibelainya
Bertindaklah nafsu sesuka hatinya..
Manusia telah ditawan nafsunya..
MARILAH SEGERA KEPADAKU, kata Allah SWT...
Manusia buat2 tak dengar sahaja..
SyurgaKU indah nikmatnya
belum pernah mata melihat
belum pernah telinga mendengar
MANUSIA TIDAK PEDULI
adakalanya jadi bahan perli/sindiran
NerakaKU dahsyat, hebat untuk si jahat
Manusia rasa biasa sahaja, tiada apa-apa
Engkau tidak lihatkah?
Bagaimana langit, bumi, gunung, haiwan,
sungai, lautan, AKU yg ciptakan?!
Manusia tidak ambil tahu PENCIPTAnya
Yang ditahu mengambil khazanahnya
utk keuntungan dunianya...
Hujah-hujah dan tanda-tanda kekuasaan,
terlalu banyaknya...
Namun manusia tidak juga beriman
Jika beriman pun, tidak bersyariat....
MUNASABAHLAH JIKA MANUSIA MASUK NERAKA
DENGAN KEADILAN-NYA...
Jika Dahi Tidak Mencecah Sejadah
Berwudu’ lah kamu sebelum kamu diwudu’kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tak guna lagi berseri
Walau orang hadir itu merintih
Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan 4 kali takbir dan satu salam
Beserta fatihah, salawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu
Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan
Seumur hidup
Apakah dengan solat tanpa ruku’ dan sujud itu
Dapat membayar hutang ruku’ dan sujud
Yang telah luput
Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu
Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat
Usunglah dirimu untuk solat
Sebelum engkau diusung ke liang lahat
Menjadi makanan cacing dan ulat
Dirimu ke masjid Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam barkha
Sucilah kamu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu dengan panggilan Izrail
Yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ia berguna untuk yang tinggal
Dan bukan yang mati
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tak dapat menyelamatkan
Ingatlah di mana jua kau berada
Kau tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi langit Tuhan
Serta menikmati rezki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruannya
Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir
Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air
Yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membentuk tulang-tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi mulakanlah untuk melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan haiya ‘alalsolah
Dengan penuh rela dan bersedia
Sahutlah seruan haiya ‘alalfalah
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Untuk kembali kepangkuan Tuhan
Pada hari itu
Tiada berguna harta, tahkta, dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia
sumber : IKIM.fm
Friday, July 11, 2008
MENCARI TUHAN?
Di sini saya forwardkan beberapa perbincangan yang boleh diambil pengajaran.
--- blacks_forest wrote:
> assalammualaikum
> saya bru join group ini krn saya nk cri ketenangan
> dlm hdup..
> wlupn saya pljr sek agama, tp saya blum jpe hdup
> brsma tuhan..
> kdg2,saya wt kemungkaran utk cri Tuhan..
> bnrkh tindakan saya?
> mcm mn nk cri Tuhan yg sebenarnye?
From: Rabuan Sulaiman
> Date: Sat Sep 3, 2005 7:04 pm
Subject: Mencari tuhan ... (1)
PETIKAN BUKU ANCAMAN BAHAYA SEKULARISME (bhg.2)
KEWAJIPAN GENERASI MODEN KEMBALI MENUNTUT ILMU DAN MEMAHAMI AGAMA
Riwayat Bukhari.
ANCAMAN BAHAYA SEKULARISME1
Pendahuluan
Sekularisme adalah fahaman politik dan kehidupan yang menolak dan menentang penghayatan Islam sebagai satu peraturan hidup yang lengkap di dalam kehidupan rakyat yang beragama Islam di negara ini sedangkan Allah SWT telah pun memerintah supaya kita sebagai Muslimin menerima dan melaksanakan peraturan Islam itu secara menyeluruh dan lengkap tanpa menerima sebahagian atau menolak sebahagian sebagaimana yang pernah dibuat oleh golongan Yahudi dan Nasrani terhadap ajaran-ajaran Taurat yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada mereka. Keimanan kepada Allah SWT Yang Maha Esa menuntut setiap setiap Muslim mentaati segala perintah-perintah yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada mereka melaksanakannya. Dari itu menolak fahaman sekularisme secara menyeluruh adalah syarat keimanan bagi seorang Muslim dizaman ini. Tanpa penolakan itu keimanannya menjadi tidak bererti dan tidak mempunyai sebarang makna.
Pemerkasaan Usrah Sebagai Wasilah Tarbiyah
1.0 MUQADDIMAH
Beberapa persoalan:
- Adakah kita puas hati dengan tarbiyah kita? Perjalanannya? Hasil dan natijahnya?
- Sejauh mana kesan tarbiyah kita terhadap ahli dan pimpinan kita?
- Adakah gejala-gejala yang wujud dalam jama’ah adalah natijah dan hasil tarbiyah kita atau akibat dari kegagalan perlaksanaan tarbiyah kita di seluruh peringkat?
2.0 MUHASABAH
- Krisis keperibadian – ahli dan pimpinan
- Krisis sikap
- Krisis ukhuwwah
- Usrah mampu merubah, mengislah dan membentuk keperibadian,sikap dan ukhuwwah
3.0 CABARAN
- bersifat dalaman :
a. Ahli tidak minat - perlu kepada tawjihat dan gesaan dari jama’ah.
b.Nuqaba’ tidak bersedia
- tidak jelas tasawwur tarbiyah harakiyyah yang sebenar
- perlukan panjang masa untuk melihat hasil
- perlukan kesabaran dalam hadapi persoalan sedikit ahli dan tiada
peruntukan kewangan.
c. Nuqaba’ tidak mencukupi dan tidak kaya dengan seni dan
kemahiran pengendalian usrah.
d. Pengurusan usrah yang tidak cekap.
e. Tarbiyah tidak jadi agenda penting organisasi.
4.0 PEMERKASAAN
- Usrah sebagai organisasi kecil.
- Manhaj dipermudahkan
- Pengurusan masa usrah yang tidak membebankan.
- Penekanan unsur-unsur latihan terhadap :
- menepati masa
- ruhiyyah : qiyam, ma’thurat,solat nawafil dan solat jama’ah.
- latihan bercakap di sekitar nas Al Quran dan Al Hadith.
- usrah bermula dari qiyam.
e. Penekanan peranan usrah sebagai:
- wadah perkongsian ilmu,pengalaman dan perasaan.
- pembudayaan amar ma’ruf nahi mungkar dan nasihat
menasihati.
- Penekanan peranan naqib sebagai murabbi, pembimbing, pemimpin,
penasihat, kaunselor dan pemudahcara ( fasilitator ).
- Pemantauan dari organisasi secara berterusan.
- Orientasi kepada tugasan tarbiyah dan dakwah.
- Sentiasa utamakan ukhuwwah.
USRAH DAN KEPENTINGAN DALAM TARBIYAH ISLAMIYYAH
MUQADDIMAH
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: ''Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: ''Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.'' (Al-Kahf : 13 - 14)
Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam.
Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.
Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).
Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.
Antara syarat-syarat tersebut ialah:
Syarat Pertama
Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.
Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.
Syarat Kedua
Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi'ie (realiti) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.
Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan.
Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama'i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).
Syarat Ketiga
Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.
Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu' tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Syarat Keempat
Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut 'ketika mana mereka berdiri'.
Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa'idin )golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).
Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.
Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dna ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.
Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.
Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.
Tanggungjawab berat yng dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).
Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim 'amal jama'i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah).
KONSEP 'AMAL JAMA'I DALAM GERAKAN ISLAM
'Amal jama'i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:
''Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.'' (Al-Saff: 4)
Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
''Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya:
''Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.''
Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:
''Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.''
Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara'.
Di dalam merealisasikan tuntutan ini ke dalam waqi' kita di Malaysia, ikhwah yang sedang melalui proses tajnid ini hendaklah peka terhadap beberapa zaadun 'ala tariq (bekalan sepanjang perjalanan) yang perlu difahami, diamalkan dan diistiqamahkan sepanjang perjalanan ini.
Sehubungan dengan itu, dua perkara yang perlu kita programkan sepanjang kewujudan kita di sini adalah al-ghayah (matlamat) dan al-wasilah (kaedah atau cara) untuk sampai dan memenuhi al-ghayah tersebut.
Al-Ghayah (Matlamat)
Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?
Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah:
a.Fard al-Muslim (individu muslim) yang terangkum di dalamnya rumahtangga dan keluarga Islam
b.Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza
Dalam mengisi tuntutan ini Al-Syeikh Sa'id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:
1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.
2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.
Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.
3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am.Tuntutan ini adalah ke atas setiap individu dengan didukung oleh jamaah sebagai tenaga yang menggerakkan.
4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).
5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah. Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara. Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.
6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.
7.Berusaha untuk mewujudkan cirri ''ustaziyat al-'alam'' (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah milik Allah.
Keempat-empat peringkat di atas merupakan kewajipan yang perlu dipikul dengan jamaah dan setiap individu yang bersama dengannya sebagai pendukung yang utama.
Lihatlah betapa beratnya tugas ini dan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul yang mungkin dirasakan sabagai satu khayalan dan impian yang tidak akan tercapai oleh manusia tetapi Allah s.w.t. telah mengingatkan kita di dalam firmanNya yang bermaksud:
''Dan (setelah Yusuf dujualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: ''Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak''. Dan demikianlah caranya kita menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.'' (Yusuf: 21)
Kita hendaklah menganggap kehadiran kita di sini adalah kehadiran dalam marhalah al-bina' (peringkat pembinaan) dan pengemasan barisan kader perjuangan.
Maka dengan itu, antara matlamat yang perlu kita hadirkan adalah:
Pertama
Memperkemaskan diri kita dengan kefahaman Islam yang sebenarnya dengan memahami konsep tarbiyah yang syumul merangkumi tarbiyah ruhiyah; tarbiyah 'aqliyah, tarbiyah jihadiyah, tarbiyah siyasiyah (politik), tarbiyah ijtima'iyah (kemasyarakatan) dan tarbiyah jasadiyah (fizikal).
Perkara yang perlu ditekan dalam pembentukan individu adalah:
1.Melahirkan insane yang bertaqwa pada Allah dengan pembentukan Iman dan aqidah yang benar.
2.Pembentukan fikrah Islam yang syumul (menyeluruh)
3.Pembentukan syakhsiyah Islamiyah (personality Islam) yang sempurna melalui akhlak yang benar, hati yang bersih lagi suci, ubudiyah hanya pada Allah dan memastikan hudud (sempadan) Allah dalam setiap urusan. Perlu ditegaskan di sini bahawa musuh dan mereka yang tidak bersama dengan kita akan sentiasa mencari unsur yang negatif pada kita sebagai bahan untuk dijadikan hujah. Pastikan sahsiah ini berjalan pada setiap ketika samada ketika bersendirian, berdua mahupun ketika ramai. Cara berpakaian, cara mengatur rumah, perkembangan akademik dan budaya berfikir, cara bermuamalah dengan masyarakat semuanya mengajak kepada menzahirkan syakhsiyah Islamiyah.
4.Mewujudkan intima; dan iltizam kepada Islam, dakwah dan jamaah pada setiap masa dan di dalam suasana mana sekalipun.
5.Membentuk cirri-ciri kepimpinan dengan berpandangan jauh dan tajam terhadap isu sensitive terhadap perkembangan ummah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas dan boleh memimpin.
6.Membentuk matlamat perjuangan yang jelas terhadap tanggungjawab individu kepada PAS dengan memahami dengan jelas akan perjuangnya iaitu:
a)Perjuangan yang bercita-cita untuk membentuk Daulah Islamiyah
b)Tanzim yang bersifat terbuka
c)Muwajahah silmiyah
d)Kepimpinan ulama dan penggabungan bersama oleh tenaga professional
e)Penglibatan dalam politik sebagai wasilah selain aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan gerakan Islam yang syumul
Kedua
Dalam hubungan 'amal jama'i setiap nuqaba' hendaklah jelas akan konsep tanzim kita di sini dan keperluan kepada konsep wala' dan thiqah pada pimpinan. Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.
Setiap keputusan yang melibatkan jamaah samada dari segi perencanaan, perjalanan dan hal ehwal ahli yang ada kaitan dengan jamaah hendaklah merupakan keputusan syura.
AL-WASILAH DAN KEPENTINGAN USRAH DALAM TARBIYAH
Bila kita menyebut tentang wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi'I (realistik).
Kita hendaklah sedar bahawa kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksima mungkin untuk memanggil dan mengajak dan bukan untuk berebut mahupun memaksa.
Maka dengan demikian dua wasilah yang kita gunakan adalah wasilah umum dan wasilah khusus.
Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk mnyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah samada dengan lisan, tulisan ataupun dengan qudwah hasanah (contoh tauladan yang baik).
Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh), apa itu aqidah yang benar yang kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.
Kita mengadakan majlis-majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan lain-lain majlis yang boleh mesej Islam disampaikan.
Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta'rif (pengenalan) yang kandugnan utamanya adalah Islam dan Iman dan bukannya perkumpulan.
Hanya apabila telah diyakini bahawa mad'u (sasaran dakwah) telah boleh menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan kepada wasilah khusus.
Dalam wasilah khusus pula, konsep 'amal jama'i adalah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan Islam.
Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu di lalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (perlaksanaan).
Di dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenalpasti boleh menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa'id Hawwa sebagai nizam al-da'wah yang berbentuk sufi pada ruhnya dan ketenteraan dalam amalannya yang syiarnya adalah perintah dan taat.
Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berasa dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja.
Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan keder yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan kita.
Di sini beberapa pengorbanan adalah diperlukan dan ianya akan merupakan sebab kepada peningkatan Iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.
Marhalah al-tanfiz sebagai marhalah ketiga pula adalah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani bila mana di dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah
Ramai yang boleh berteori dan ramai yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang ramai tadi akan sanggup menanggung berbagai mehnah dan ibtila' (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.
Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah
USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIYAH HARAKIYAH
Proses tarbiyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu
Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan menlahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atas oleh kebatilan yang kemas.
Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.
PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah.
Dalam hubungan ini, isi usrah hendaklah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan cirri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap aspek Islam itu sendiri.
Kepelbagaian ini boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadhah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunayi beberapa ciri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara cirri-ciri tersebut ialah:
1.Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.
2.Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut, pekerja mahupun pimpinan. Ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah.
3.Mempunyai perancangan (al-takhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4.Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba’ mahu pun ahli.
5.Di antara ciri-ciri keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat bila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sempurna mungkin:
a.Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam
b.Sejauh mana pula konsep al-ta'awum (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam
c.Sejauh mana ikatan dibentuk dan sejauhmana pula pelaksanaannya dalam bentuk amalan.
Akhirnya marilah kita sama-sama memperbahrui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za'imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur'an perlembagaan kami), al-Jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).
Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam danhajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.
PRINSIP DAN MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIYYAH
MUQADDIMAH
Tarbiyah Islamiyah itu adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengislamkan kesuburan tubuh badan, pekerti, roh dan akal fikiran. Ia juga bertujuan untuk menyempurnakan akhlak yang memungkinkan manusia itu hidup di dunia ini dalam keadaan baik dan mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti. Prinsip Tarbiyyah Islamiyyah
Berdasarkan kepada pengertian di atas, maka tarbiyah Islamiyah itu dilaksanakan berasaskan kepada beberapa prinsip. Antaranya ialah:
1) Bahawa tarbiyah Islamiyah itu adalah suatu perkara wajib lantaran ia merupakan kerja utama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Perkara ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya yang bermaksud:
''Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a. w.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada meeka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari I'tiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara'). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.''(Al-Jumu'ah: 2)
Justeru, Islam mewajibkan tarbiyah ke atas lelaki dan perempuan samada dia seorang merdeka atau seorang hamba sahaya.
2) Tarbiyah Islamiyyah itu berasaskan kepada keikhlasan kepada Allah s.w.t. iaitu mengajar dan mempelajari ilmu pengetahuan itu semata-mata kerana Allah s.w.t.
Barangsiapa yang mempelajari ilmu dengan sebab-sebab duniawi, maka dia akan diseksa di akhirat nanti. Sebaliknya jika dia menjalani pendidikan kerana Allah s.w.t., maka keadaannya setaraf dengan para mujahid di jalan Allah.
3) Bahawa tarbiyah Islamiyah itu tidak terikat dengan masa dan umur. Ia dilakukan secara berkekalan bermula daripada kandungan yangbelum dilahirkan sampailah ke alam dewasa dan berpindah ke alam baqa'. Tidak ada seorang pun yang diberikan kesempatan mempelajari ilmu pengetahuan boleh merasakan bahawa dia adalah seorang yang paling alim dan bijak.
Al-Quran menegaskan bahawa setiap seorang yang alim itu sedah pasti ada orang lain yang lebih alim daripadanya. Selain itu, Allah s.w.t. juga memperingatkan kita bahawa ilmu yang diberikan kepada hamba-hambaNya adalah terlalu sedikit. Oleh itu, Islam menganjurkan agar pentarbiyahan dilakukan secara berkekalan.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
''(Nabi Ya'kub) menjawab: ''Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.'' (Yusuf: 86)
Firman Allah s.w.t. lagi:
Maksudnya:
''Dan berdoalah dengan berkata: ''Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.'' (Taha: 114)
Bahawa tarbiyah Islamiyah berjalan di atasprinsip al-takamul (lengkap melengkapi) antara ilmu dan iman. Iman mengajak manusia mencari ilmu, manakala ilmu pula mengajak manusia beriman. Perkara ini sangat jelas jika kita melihat kepada beberapa ayat al-Quran antaranya firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
''Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: ''Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal - menurut yang terkandung dalam Kitab Allah - sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan ( yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya).'' (Al-Rum: 56)
Dalam surah Fatir pula Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya:
''Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun (Fatir: 28)
Bahawa tarbiyah Islamiyah itu mengajak supaya bersikap tidak terus menerima apa sahaja yang dipusakai daripada generasi yang lalu melainkan sudah dibuat kajian yang teliti dan dipastikan bahawa ia benar. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
''Dan apabila dikatakan kepada mereka: ''Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah.'' Lalu mereka menjawab:''(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya.''Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?'' (Al-Baqarah: 170)
Firman Allah lagi dalam Surah al-A'raf:
Maksudnya:
''Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: ''Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. ''Katakanlah (wahai Muhammad): ''Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?'' (Al-A'raf: 28)
Dan banyak lagi ayat-ayat lain yang berkaitan dengan perkara ini. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip di atas dapat disimpulkan bahawa perjalanan tarbiyah mengambil kira perkara-perkara berikut:
1.Keberkesanan dalam mengatur hubungan manusia dengan diri sendiri 2.Keberkesanan dalam mengatur hubungan insan dengan Allah s.w.t. 3.Keberkesanan dalam mengatur hubungan insan dengan masyarakat disemua peringkat
Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
Matlamat tarbiyah Islamiyah itu perlu dibahagikan kepada dua matlamat iaitu matlamat yang umum dan matlamat yang khusus. Matlamat tarbiyah Islamiyah yang umum ialah untuk menyelamatkan insan daripada azab Allah s.w.t. sebagaimana yang difirmankanNya:
Maksudnya:
''Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.'' (Al-Tahrim: 6)
Insan yang diselamatkan daripada azab Allah s.w.t. itu ialah insan yang dapat menyempurnakan segala tanggungjawabnya ke arah mencapai tujuan dan matlamat ianya dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagaimana yang digariskan oleh Allah s.w.t. seperti di bawah:
1)Beribadah kepada Allah s.w.t. yang Esa mengikut syariat yang diwujudkan oleh Allah s.w.t. sepertimana firmanNya:
Maksudnya:
''Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.'' ( Al-Zariat: 56)
Ibadah kepada Allah s.w.t. mengikut syariat yang diturunkan olehnya melalui lisan Nabi Muhammad s.a.w. menuntut supaya orang-orang muslim itu memiliki beberapa sifat yang penting. Antaranya ialah iman, Islam, ihsan, keadilan, amar ma’ruf nahi mungkar, jihad di jalan Allah,manis tutur-kata, pekerti yang mulia dan beberapa peradaban serta amalan lain.
2)Menjadi khalifah Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.
Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa antara tujuan manusia diciptakan ialah untuk menjadikannya khalifah di atas muka bumi ini. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
''Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.'' (Al-Baqarah: 30)
Ekoran daripada itu, maka penciptaan manusia oleh Allah bertanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan segala perancangan dan pembangunan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
3)Berkenal-kenalan dan berbaik-baik di kalangan manusia.
Dalam Surah Al-Hujurat, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan dan amalan kamu).'' (Al-Hujurat: 13)
Oleh kerana itu, manusia hendaklah berkasih-syang sesama mereka, bantu-membantu antara satu sama lain dan seterusnya ingat-mengingati serta pesan-memesan sesama mereka dalam perkara kebaikan.
4)Memimpin dan memerintah dunia ini.
Firman Allah s.w.t., maksudnya;
''Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.'' (Al-Nur: 55)
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah s.w.t. menjanjikan golongan beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia akan dikurniakan kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pada waktu itu manusia dapat menjalankan urusan harian dan berbakti kepada Allah s.w.t. dalam suasana yang aman.
5)Menjalankan syariat Allah s.w.t. di bumi ini.
Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. ialah untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini. Ini merupaka matlamat yang sangat besar dan masyhur. Ia merupakan intisari kepada segala matlamat yang lain.
Banyak ayat-ayat al-Quran yang menerangkan kepada kita tentang perkara ini. Antaranya ialah firman Allah s.w.t., maksudnya:
''Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).'' (Al-Jathiah: 18)
Dan firman Allah s.w.t., maksudnya:
''Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu) ,maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adlah orang-orang yang fasik.'' (Al-Ma'idah: 49)
Matlamat Yang Khusus bagi Tarbiyyah Islamiyyah
Adapun yang dikehendaki dengan matlamat khusus bagi tarbiyah Islamiyah ialah matlamat dari aspek haraki.Matlamat tarbiyah dari aspek ini bolehlah dibahagikan kepada tiga sudut:
1) Sudut keahlian dan keanggotaan
2) Sudut jamaah
3) Sudut kemasyarakatan dan sosial
Matlamat Tarbiyah Dari Sudut Keahlian Dan Keanggotaan
Matlamat tarbiyah Islamiyah dari sudut keanggotaan dan keahlian adalah untuk melahirkan:
1)Para anggota yang memahami atau bersedia untuk memahami Islam dan perjuangannya sebagaimana yang digariskan di bawah:
a)Ia hendaklah memahami bahawa Islam itu ialah agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia samada aqidah dan syariah ataupun agama dan negera. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain selari dengan kehendak al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qias.
b)Ia mestilah memahami bahawa al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qias itu merupakan rujukan bagi setiap muslim. Pendapat sesiapa juapun yang berlawanan dengan sumber-sumber tersebut tidak boleh dihormati dan dipatuhi malah tidak perlu dipertimbangkan langsung.
c)Manakala pendapat para pemimpin yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati.
d)Perselisihan pendapat dalam masalah furu' adalah perkara kecil dan tidak perlu dielakkan. Oleh itu setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah menerima dan memakai mana-mana pendapat alim ulama’ yang muktabar dan janganlah menjadikannya sebagai punca perpecahan di kalangan anggota.
e)Setiap anggota mestilah faham bahawa dia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana dia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah tersebut dan selama mana dia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu terkeluar dari Islam atau selama mana dia tidak mengingkari sesuatu yang pasti (dharuri) atau secara mudah dan senang di dalam Islam seperti ia mengingkari haramnya riba atau haramnya arak atau seperti dia mengingkari wajibnya menjalankan syariat Islam atau selama dia tidak melakukan perbuatan yang tidak boleh ditakwilkan kecuali kufur seperti dia menyembah berhala atau menghina kitab suci al-Quran.
2)Setiap anggota hendaklah jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan semata-mata kerana Islam. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''Katakanlah: ''Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.'' (Al-An'am: 162)
Dalam hal ini Nabi s.a.w. pernah bersabda. Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya.'' (Riwayat Abu Daud)
3)Setiap anggota hendaklah bekerja dengan gigih untuk menjayakan matlamat perjuangannya. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.'' (Al-Taubah: 105)
Oleh kerana itu, setiap anggota mestilah menunaikan tanggungjawab masing-masing. Peringkat pertama hendaklah dia membetulkan dirinya supaya menjadi insan yang soleh, badan yang sihat lagi kuat, cara berfikiran baik, pekerti mulia, aqidahnya betul, ibadahnya sah, pandai menjaga masa, bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.
Manakala peringkat kedua ialah membentuk rumahtangga dan keluarga secara Islam. Bagi yang belum berkeluarga hendaklah memilih pasangan yang soleh seterusnya mendidik anak secara Islam.
Peringkat ketiga ialah memperbaiki masyarakat supaya menjadi sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya sebuah ajaran dan peraturan yang dipandu dan dipimpin oleh sebuah kerajaan Islam. Dan seterusnya berusaha mengembalikan kedudukan umat Islam sebagai pemimpin dunia agar kembali teratur. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''Dan Allah jua yang berkuasa terhadap urusannya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.'' (Yusuf: 21)
4)Setiap anggota hendaklah mengetahui bahawa mereka dikehendaki berjihad. Dia mestilah mengetahui bahawa berjihad adalah suatu fardhu yang diwajibkan secara berterusan sampai hari kiamat. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.'' (Al-Hajj: 78)
Ketahuilah bahawa serendah-rendah martabat jihad itu ialah ingkar dengan hati, setinggi-tingginya ialah berperang pada jalan Allah dan ditengahnya ialah ingkar dengan lisan dan dengan kata-kata.
5)Setiap anggota hendaklah memahami bahawa dia mestilah bersedia untuk berkorban jiwa dan harta demi untuk agama Allah s.w.t. yang tercinta ini. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan ( balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.'' (Al-Taubah: 111)
6)Setiap anggota hendaklah taat dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan dan melaksanakannya samada sewaktu senang atau susah, samada dia bersetuju atau sebaliknya. Ketahuilah bahawa perjuangan kita melalui tiga peringkat iaitu ta'rif, takwim dan tanfiz (pengenalan, pembentukan dan pelaksanaan). Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.''(Al-Syu'ara: 179)
7)Setiap anggota hendaklah tetap pendirian. Dia mestilah terus berjuang walaupun memakan masa yang panjang. Allah s. w.t. berfirman, maksudnya:
''Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid ), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun .'' (al-Ahzab: 23)
8)Setiap anggota hendaklah membersihkan fahaman pemikiran dari segala unsur yang tidak Islam. Ingatlah tidak ada yang lebih baik selain dari Islam yang diperjuangkan itu. Islam itu ciptaan Allah tiada yang setanding dengannya. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: ''Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? ( Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.'' (Al-Baqarah: 132)
9)Setiap anggota jamaah mestilah merasakan bahawa anggota-anggota yang lain itu adalah saudaranya, saudara seaqidah yang hubungannya lebih kuat dari saudara seketurunannya. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.'' (Al-Hujurat: 10)
Dalam surah yang lain Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.'' (Al-Taubah: 71)
10)Setiap anggota hendaklah memberi dan menaruh kepercayaan yang tidak berbelah bagi antara satu sama lain terutamanya terhadap pemimpin. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
''Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.''(Al-Nisa': 65)
Matlamat Tarbiyyah Dari Sudut Jamaah
Tujuan tarbiyah dari sudut jamaah antara lain bolehlah disimpulkan kepada perkara-perkara berikut:
1)Membekalkan jamaah dengan faktor kemanusiaan yang mempunyai kelayakan di bidang-bidang seperti berikut:
a)Bidang dakwah dan penerangan
b)Bidang amal dan harakah
c)Bidang pengurusan dan pentadbiran
d)Bidang kerja politik
e)Bidang social dan kemasyarakatan
f) Bidang kerja ekonomi
g)Bidang akademik
h)Bidang pendidikan dan pembinaan
i) Bidang sukan
2)Membekalkan jamaah dengan tenaga kepimpinan yang baik, yang sudah dilatih dengan matang agar tenaga-tenaga itu dapat ditempatkan pada tempat-tempat yang diperlukan antara lain ialah:
a)Kepimpinan di bidang kerja fardi dan jama'ie
b)Kepimpinan di bidang kerja sosial
c)Kepimpinan di bidang kerja politik, ekonomi, pengurusan, pentadbiran pendidikan dan lain-lain
3)Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yang mampu menangani urusan yang berkaitan dengan jamaah -jamaah yang bersimpati dengan harakah atau jamaah-jamaah yang bermusuh dengannya.
4)Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yang mampu memanjangkan fitrah jamaah kepada generasi- generasi yang akan datang.
Matlamat Tarbiyah Islamiyah Dari Sudut Sosial Dan Kemasyarakatan
1)Pengagihan dan penempatan mereka yang telah terlatih ke dalam sector kemasyarakatan bertujuan untuk memenuhi keperluan-keperluan yang tertentu seperti:
a)Sekolah-sekolah, institusi-institusi dan universiti-universiti
b)Kilang-kilang, tempat perniagaan dan ladang-ladang
c)Perbadanan dan agensi-agensi kerajaan
Agar mereka menjadi contoh tauladan yang baik dalam beberapa aspek yang berkaitan dengan tugas dan bidang kerja masing-masing seperti kejujuran dan kecekapan.
2)Mengenalpasti perkara-perkara negatif dan sebab-sebab kegagalan serta kerugian yang terdapat di dalam sektor kemasyarakatan itu agar jamaah dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan.
3)Melibatkan diri secara posotif di dalam semua kegiatan yang berjalan di dalam masyarakat.
4)Memberi penekanan terhadap ketekunan bekerja dalam mana-mana jurusan yang dipertanggungjawabkan.
5)Memberi penekanan dan pemerhatian yang khusus kepada masjid serta surau supaya dapat dimakmurkan dengan sebaik mungkin.
6)Menceburi dan menguasai kelab-kelab sukan, pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan lain-lain dengan tujuan untuk mengambil manfaat daripada apa yang baik dan memandu kepada kebiakan mana-mana perkara yang perlu diperbetulkan.