Tuesday, November 18, 2008

ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU ...


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar ramai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana...

Read More..

Friday, November 14, 2008

KISAH SEORANG TUA & TIGA ANAKNYA


Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan. Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI,

Amsal ialah AMAL-SOLEH.


Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan semasa kami di dunia ini, dan berilah kami kebaikan di akhirat nanti. Dan jauhkanlah kami dari azab siksa neraka....amiin..

Read More..

KABAR GEMBIRA BAGI ORANG MUKMIN


Artinya:


1. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, bahawa untuk mereka (disediakan) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata: “Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.” Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya.

2. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.

3. Dan orang-orang yang beriman (kepada Allah) dan mengerjakan kebajikan, serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad, dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka; Allah menghapus kesalahan-kesalahan mereka, dan memerbaiki keadaan mereka.

4. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, “Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis,” maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu,” maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.





Tafsir Mufradat:


a. Shalih : bentuk isim fa’il (kata benda yang menunjuk kepada pelaku), berasal dari kosa kata: shaluha - yashluhu - shalaahan, yag berarti: baik; patut; shalih. Dalam Al-Qur’an, kata tersebut sering dihubungkan dengan kata “‘amila” yang berarti mengerjakan, misalnya: ‘amila shalihan (mengerjakan kebajikan). ‘Amalun shaalih, berarti pekerjaan yang baik. Menurut istilah, ‘amalun shaalih, berarti: pekerjaan yang baik yang diridlai dan disenangi Allah SwT. Seperti: shalat, shiyam (puasa), zakat, hajji, shadaqah, infaq dan sebagainya.
Dalam Al-Qu’an, kata tersebut dengan berbagai derivasinya, diulang sebanyak 178 kali, yang tersebar di berbagai surat/ayat, dengan makna yang berbeda-beda.

b. Rizq : bentuk masdar, berasal dari kosa kata: razaqa - yarzuqu - rizqan, yang bererti pemberian rezeki, baik yang bersifat duniawi, seperti: harta, ilmu pengetahuan atau pangkat, mahupun yang bersifat ukhrawi, seperti syurga dan kenikmatan di akhirat lainnya. Kata tersebut pada umumnya dihubungkan dengan nama Allah, sebab pada hakikatnya,yang memberi rezeki adalah Allah SwT semata.
Dalam Al-Qur’an, kata tersebut dengan berbagai bentuknya diulang sebanyak 123 kali, yang tersebar di berbagai surat/ayat.

c. Mutasyabihah : bentuk isim fa’il, kata turunan dari kata “syabaha”, yang berarti: menyerupai; sama. Dalam Al-Qur’an, kata tersebut dengan berbagai bentuknya, diulang sebanyak 16 kali, yang tersebar di enam surat: Al-Baqarah [2]: 25, 70, 118. Ali Imran [3]: 7, An-Nisaa’ [4]: 157, Al-An’am [6]: 99,141, Ar-Ra’d [13]: 16, dan Az-Zumar [39]: 23.




Tafsir Ayat:


Pada ayat-ayat sebelumnya, Allah telah menjelaskan sifat-sifat orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta sanksi-sanksinya. Kemudian pada ayat ini (Al-Baqarah: 25) Allah menjelaskan pahala orang-orang mukmin yang beramal shalih, dan segala macam kenikmatan yang disediakan bagi orang-orang mukmin di akhirat kelak. Telah menjadi Sunnah (kebiasaan) Al-Qur’an, bahwa setiap memberikan penjelasan kepada manusia, selalu mengaitkan antara menakut-nakuti dan menyenangkan, untuk memberikan semangat agar melaksanakan kewajiban-kewajibannya dengan baik agar dapat mendekatkan diri kepada Allah SwT dan menjauhkan diri dari segala perbuatan yang menyebabkan jauh dari keridlaan Allah SwT.

Orang yang diperintahkan memberikan kabar gembira kepada orang-orang Mukmin, adalah Rasulullah saw. Dalam Al-Qur’an, Allah telah menjanjikan kepada orang-orang mukmin surga-surga dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya. Kita tidak dapat mengetahui secara terperinci tentang keadaan surga, kita hanya meyakini bahwa kenikmatan yang terdapat dalam surga lebih lazat dan lebih kekal daripada kenikmatan yang terdapat di dunia, sebagaimana diungkapkan dalam firman-Nya:

“Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan” (As-Sajdah [32]: 17).

Pada permulaan ayat tersebut (Al-Baqarah: 25) disebutkan: ”wa basysyir alladziina aamanuu wa ‘amiluu ash-shaalihaat”
(Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan); Dimaksudkan dengan orang yang beriman, ialah orang yang beriman kepada Allah dan semua sifat-sifat-Nya yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan diperkuat dengan akal, dan beriman kepada malaikat-Nya, Kitb-kitab-Nya, beriman kepada utusan-utusan-Nya, beriman kepada hari akhir dan beriman kepada qadar Allah, qadar yang baik dan yang buruk. (Muslim, No: 1/8: 27, dari Ibni ‘Umar bin Khaththab). Iman itu tidak dapat terwujud, kecuali dengan ketenangan hati dan bukti yang meyakinkan, yang tidak menimbulkan keraguan. Bukti yang paling kuat adalah tanda-tanda kekuasaan Allah, yang ada di langit dan di bumi yang telah ditunjukkan oleh Al-Qur’an.

Adapun yang dimaksudkan dengan amal shalih (perbuatan kebajikan) ialah suatu perbuatan yang diredhai dan disenangi Allah SwT. Pada umumnya, manusia telah mengetahui apa amal shalih itu, sebab manusia telah diberi akal yang dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk. Tetapi, sebahagian di antara mereka sesat karena mengikuti hawa nafsunya, kemudian diikuti orang lain. Pada dasarnya, manusia itu telah beriman, sebagaimana diungkapkan dalam suatu Hadits:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”. (Muttafaq ‘alyh).


Tentang amal shalih telah dijelaskan dalam Al-Qur’an di berbagai ayat, antara lain pada surat Al-Mu’minun:

“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (yaitu orang yang khusyuk dalam shalatnya, dan orang yang menjauhkan diri (dari perbuatan) yang tidak berguna dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi, barang siapa mencari dibalik itu (zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara shalatnya. Mereka itulah yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi (surga) Firdaus, mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu’minun [23]: 1-11).l

Read More..

Friday, November 7, 2008

MENGAMALKAN ISLAM DENGAN SEMPURNA


Artinya:


1. Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman (Al-An’am [6]: 125).

2. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh, Allah sangat cepat perhitungan-Nya. (Ali Imran [3]: 19).

3. Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi. (Ali Imran [3]: 85).

4. …..Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridlai Islam sebagai agamamu …… (Al-Maidah [5]:3).

5. Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syetan. Sungguh ia musuh yang nyata. (Al-Baqarah [2]: 208).




Tafsir Mufradat


Untuk mempermudah pemahaman ayat-ayat tersebut di atas, di bawah ini, penulis jelaskan satu persatu kata-kata yang memerlukan penjelasan, antara lain ialah:

a. Haraj; Bentuk masdar, berasal dari kosakata: Harija - yahraju - harajan, yang berarti: sempit; dosa; sulit. Menurut al-Asfahani, makna asal dari al-haraj ialah tempat bertemunya orang-orang, atau barang-barang. Maka, terbayanglah kesempitan, karena berdesakan. Sesuatu yang sempit dapat dinamakan dosa, dan dosa dapat dinamakan sempit. Maka makna sempit sangat erat hubungannya dengan dosa. Orang yang mengalami kesulitan, biasanya akan terbawa kepada perbuatan dosa, dan orang yang melakukan dosa akan merasa sempit.
Dalam Al-Qur’an, dari sebelas ayat yang mengandung kata” haraj”, terdapat tujuh ayat yang erat hubungannya dengan agama, sedang empat ayat yang lainnya erat hubungannya dengan masalah sosial keagamaan. Enam kata “haraj” yang berarti dosa, terdapat pada surat An-Nuur [24]: 16 dan surat Al-Fath [48]: 17, sedang di tempat lainnya berarti “sempit”. (al-Mausu’ah al Qur’aniyah: 127)

b. Al-Baghyu: Bentuk masdar, berasal dari kosakata: bagha — yabghi, yang berarti “menghendaki”. Dalam perkembangannya, sering digunakan untuk makna yang negatif, maka kadang-kadang diartikan durhaka, melanggar hak, permusuhan, penganiayaan, pelacuran. Dalam Al-Qur’an, kata “al-baghyu” diulang sebanyak 11 kali, dengan arti yang berbeda-beda, sesuai dengan konteksnya. Kata al-baghyu dapat diartikan negatip, misalnya, pada surat Al-Baqarah [2]:90, An-Nisaa’ [4]: 19, dapat diartikan: penganiayaan, atau perzinaan. Pada surat Hud [10]: 23, dapat diartikan “durhaka”, pada surat Al-An’am dapat diartikan “dosa”.




Tafsir Ayat:


Sebenarnya perintah Allah kepada manusia untuk mengamalkan agama dengan sempurna diungkapkan dalam jumlah ayat yang banyak. Namun untuk menyingkat tulisan ini, penulis hanya mengutip beberapa ayat yang menurut penulis sudah representatif , yaitu: Al-An’am [6]); 125, Ali ‘Imran [3]: 19 dan 85, Al-Maidah [5]: 3 dan Al-Baqarah [2]: 206.
Ayat pertama (Al-An’am [6]: 125), termasuk ayat Makkiyah, yaitu ayat yang diturunkan sebelum hijrah Nabi saw ke Madinah. Pada ayat sebelumnya, Allah telah menjelaskan bahwa pada setiap daerah terdapat tokoh-tokoh penjahat yang suka membuat kerusakan-kerusakan, dan mereka menyatakan, tidak akan beriman sebelum diberi apa yang diberikan kepada para utusan Allah, sedang Allah menyatakan bahwa mereka akan ditimpa kehinaan di sisi Allah SwT.

Kemudian pada ayat ini (Al-An’am: 125) Allah menegaskan, bahwa barangsiapa dikehendaki allah memperoleh hidayah (petunjuk), Dia membukakan dadanya untuk menerima Islam, dan barang siapa dikehendaki Allah menjadi sesat, Dia menjadikan dadanya sempit dan sesak; seakan-akan dia mendaki langit. Dimaksudkan dengan: “Yasyrah shadrahu” ialah memberikan cahaya hidayah , sebagaimana diriwayatkan dalam hadits Nabi saw:

Dari Abdur-Razzar, bahwa Nabi saw ditanya tentang maksud ayat ini: Bagaimana cara Allah membuka dada seseorang? Beliau menjawab: caranya ialah dengan memasukkan cahaya ke dalamnya, lalu terbukalah lebar-lebar. Mereka bertanya: Apakah bagi terbukanya dada itu ada tanda-tanda yang dapat diketahui? Beliau menjawab: Tanda-tandanya ialah kembali kepada (kebaikan) dan menjauh dari kebatilan, serta siap mati sebelum menemui mati (ajal). (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir; al-Qasimi; 4: 713).

Adapun yang dimaksudkan dengan firman-Nya: “Yaj’al shadrahu dlayyiqan harajan” ialah menyempitkan hatinya, sehingga tidak dapat menerima keyakinan tentang kebenaran dan keakhiratan. Dalam ayat tersebut dilukiskan, bahwa orang yang disempitkan dadanya bagaikan orang yang mendaki langit. Artinya, orang tersebut mustahil mendapat dan menerima kebenaran, dan mustahil dapat menjauh dari kebatilan, sebab mereka tidak beriman dan tidak meyakini kebenaran yang dibawa Nabi saw, yaitu dinul-Islam. Padahal, dinul-Islam adalah agama terakhir yang diturunkan kepada Nabi terakhir pula, dan agama Islam adalah satu-satunya agama yang diridlai Allah saw, sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya, yang artinya sebagai berikut: “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam, tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh Allah sangat cepat perhitungan-Nya”. (Ali Imran [3]: 19).

Pada ayat sebelumnya, Allah menegaskan bahwa tiada Tuhan yang pantas disembah, melainkan Allah semata. Kemudian pada ayat ini (An-Nisaa’: 19) Allah menegaskan bahwa tiada agama yang diridlai Allah melainkan agama Islam, agama tauhid, agama yang mengajarkan bahwa tiada Tuhan yang pantas disembah melainkan Allah SwT. (al-Qasimi, IV: 68). Maka, barangsiapa mencari agama selain agama Islam, tidaklah diterima, sebagaimana ditegaskan pada surat Ali Imran: 85 (ayat ketiga), yang artinya sebagai berikut: “Dan barang siapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima, dan di akhirat nanti dia termasuk orang yang rugi”.

Dalam suatu Hadits ditegaskan sebagai berikut:

“Barang siapa mengerjakan suatu amal ibadah yang tiada perintah dari kami, maka amal tersebut ditolak”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab al-I’tsham). Al-Qasimi dalam tafsirnya menyatakan, bahwa barangsiapa mengikuti agama selain Islam, maka ia akan mengalami kerugian yang sangat besar, yaitu siksa neraka. (al-Qasimi,IV: 126).

Dalam firman-Nya ditegaskan sebagai berikut:

“…Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu dan telah Aku ridai Islam sebagai agamamu….” (Al-Maidah [5]: 3).

Ayat ini diturunkan di Arafat, ketika Nabi saw melaksanakan hajji wada’, hajji yang terakhir, sebagai pamitan, sebab tiga bulan sesudah itu beliau wafat pada bulan Rabi’ul-awwal. Ayat tersebut merupakan ayat terakhir dalam masalah hukum. Dimaksudkan dengan sempurna dan cukup, ialah tidak ada ziadah (tambahan) ayat tentang halal dan haram yang diturunkan sesudahnya dan tidak ada pengurangan (al-Qasimi, IV: 46). Ar-Razi dalam tafsirnya mengatakan, bahwa agama Islam tidak akan berubah selamanya, dan tiada kenikmatan yang kekal selain kenikmatan Islam. Karena itulah, Allah memerintahkan kepada manusia agar memeluk agama Islam, sebagaimana dtegaskan dalam firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam dengan sempurna, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syetan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu”. (Al-Baqarah: 208).

Sebab nuzul ayat tersebut, menurut Ibnu Jarir, berkenaan dengan permintaan izin dari Abdullah bin Salam,dan kawan-kawannya yang berasal dari Yahudi kepada Nabi saw untuk memeringati hari Sabtu, sebagaimana mereka memeringatinya ketika masih beragama Yahudi. Kemudian turunlah ayat tersebut (as-Siyuthi, 33).

Sebab turun ayat ini menunjukkan, bahwa apabila seseorang telah masuk Islam, wajib meninggalkan segala macam adat kebiasaan agama yang ditinggalkan, apalagi yang bernafaskan syirk. Dalam konteks keindonesiaan, sebelum Islam datang di Indonesia, sebagian besar bangsa Indonesia memeluk agama Hindu dan Budha, yang mempunyai cara ibadah dan adat kebiasaan yang dijadikan sebagai pegangan hidup. Seperti, memeringati kematian ke tujuh harinya, ke empat puluh harinya dan sebagainya. Maka apabila sudah masuk Islam, wajib meninggalkan cara ibadah dan adat kebiasaan tersebut, agar benar-benar memeluk agama Islam dengan sempurna, tidak menambah dan tidak menguranginya.l

Read More..

Wednesday, November 5, 2008

PENAWAR HATI




Penawar hati

Ingatkan Allah

Bacalah Al-Quran

Ingatkan mati (2X)


Ramai manusia di dunia ini

Akalnya resah jiwanya gelisah

Banyak masalah yang datang melanda

Hilang pertimbangan silap perhitungan


C/O


Ingatkan Allah di setiap masa

Setiap ketika dalam hidup ini

Cintakan Dia Agungkan Dia

Terasa bahagia jiwa yang lara

Ingatkan Allah hati kan tenang...


Penawar hati

Ingatkan Allah

Bacalah Al-Quran

Ingatkan mati (2X)


C/O


Bacalah Al-Quran ambil pengajaran

Jadikan panduan dalam hidup ini

Tadabbur isinya lalu diamalkan

Menjadi penyuluh dalam kehidupan


Ingatkan mati suatu yang pasti

Akhirhidup kita di dunia ini

Menuju akhirat yang kekal abadi

Segera beramal jangan tangguh lagi


Kepada Allah kita kan kembali...

Penawar hati

Ingatkan Allah

Bacalah Al-Quran

Ingatkan mati (2X)


Penawar Hati
by Shoutul Jihad @ Warisan (SMKSJKL)


Read More..